BRAZIL akan mula ujian klinikal lanjutan terhadap vaksin Covid-19 buatan China pada Selasa, membabitkan 900 sukarelawan, kata pihak berkuasa.
Vaksin yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal China, Sinovac, adalah yang ketiga di dunia memasuki fasa ketiga ujian ke atas manusia. Fasa ketiga merupakan langkah terakhir sebelum mendapat kelulusan.
Ujian akan jalankan oleh doktor dan enam petugas kesihatan lain yang menawarkan diri di enam negeri di Brazil.
“Ujian bagi CoronaVac, salah satu vaksin memasuki fasa lanjutan di dunia, akan mula dijalankan di Clinical Hospital of Sao Paulo,” kata Gabenor Joao Doria pada sidang media.
Keputusan awal dijangka diperolehi dalam tempoh 90 hari, tambah Doria.
Sinovac menjalin kerjasama melakukan ujian dengan pusat penyelidikan kesihatan awam Brazil, Butantan Institute.
Sekiranya vaksin yang diuji terbukti berkesan dan selamat. Mengikut perjanjian, Butantan Institute akan diberi hak menghasilkan 120 juta dos jika ujian berjaya.
“Di Brazil, kita akan dapat menggunakan vaksin pertama secara meluas, vaksin yang diharap-harapkan,” kata ketua institut itu, Dimas Covas.
Brazil negara kedua paling teruk terjejas akibat pandemik Covid-19 selepas Amerika Syarikat.
Negara itu mencatat 2.1 juta kes positif dengan angka kematian lebih 80,000 orang setakat Isnin.
Brazil juga terlibat dalam ujian fasa 3 terhadap satu lagi ujian vaksin yang dibangunkan oleh Oxford University di Britain dan syarikat farmaseutikal AstraZeneca.
Satu lagi vaksin yang dibangunkan sebuah syarikat dari China, Sinopharm, juga memasuki ujian fasa ketiga bulan ini di Emiriah Arab Bersatu (UAE). – AFP, 21 Julai, 2020.
Komen