AMERIKA Syarikat (AS) catat kes baharu Covid-19 melebihi angka 60,000 masuk hari ketujuh berturut-turut, menurut data yang dikeluarkan Johns Hopkins University.
Sebanyak 61,288 kes baharu dengan 488 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam setakat 8.30 malam pada Isnin, kata universiti di Baltimore itu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara paling teruk terjejas akibat Covid-19 itu kini 3.82 juta dengan 140,922 kematian.
Presiden Donald Trump pada Isnin berkata beliau kini akan memakai pelitup muka.
“Ramai orang kata patriotik kalau pakai pelitup muka. Tiada siapa yang lebih lebih patriotik dari saya, presiden pilihan anda!” tulis Trump di Twitter. – AFP, 21 Julai, 2020.
Komen