PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas hari ini berkenaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).
Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri berkata tidak akan ada sidang media selepas ucapan itu, bertentangan dengan apa yang tular di media sosial.
Semalam, mesej mula tersebar di media sosial bahawa Muhyiddin akan mengadakan sidang media khas mengenai PKPP.
PKPP dijadualkan berakhir pada 31 Ogos ini. – 20 Julai, 2020.
Komen