PENDUDUK di Perancis akan dikenakan denda AS$154 mulai hari ini jika tidak mematuhi perintah baharu untuk memakai topeng muka di tempat awam tertutup, umum kerajaan.
Ketika pegawai mencatatkan tanda-tanda peningkatan kes virus berkenaan, Perdana Menteri Jean Castex pada Khamis berkata bahawa topeng muka akan diwajibkan dipakai ketika berada di kawasan awam tertutup mulai minggu depan dalam usaha untuk mengekang gelombang kedua jangkitan Covid-19.
Penggunaan topeng muka sudah dikuatkuasakan di pengangkutan awam dan boleh dikenakan denda dengan jumlah sama jika ingkar perintah berkenaan.
Pada Sabtu menteri kesihatan berkata undang-undang baharu akan dikuatkuasakan hari ini yang meliputi kawasan kedai, pasar raya, bank dan bangunan lain yang menjadi tumpuan orang ramai.
Semalam Jabatan Kesihatan mengumumkan denda sehingga 135 euro – hampir dua kali ganda harga pas pengangkutan awam setiap bulan di Paris jika melanggar undang-undang berkenaan.
Bagi mereka yang bekerja di pejabat kerajaan berkata, majikan perlu menilai adakah pemakaian topeng muka perlu diwajibkan.
Menurut data rasmi terbaru yang dikeluarkan pada Rabu, Perancis mencatatkan 119 pesakit yang dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam, yang menunjukkan penuruan dari 4,281 pesakit yang dirawat di hospital dalam sehari pada April.
Perancis kini mencatat lebih 30,150 kematian akibat wabak berkenaan.dan menjadi salah satu negara di Eropah yang paling teruk terjejas akibat Covid-19 yang memberi tekanan besar pada sistem hospitalnya.
Kerajaan Perancis seperti negara lain juga menasihati agar tidak memakai topeng pada awal kemunculan wabak ini, mendesak orang ramai menyimpan stok topeng terhad untuk petugas kesihatan serta dan dengan alasan mereka tidak benar-benar bekerja untuk mengawal jangkitan.
Tetapi sejak perintah pengurungan separa pada 11 Mei pemakaian topeng wajib dilakukan di dalam pengangkutan awam dan diperlukan untuk masuk ke Muzium Louvre, Disneyland Paris dan Menara Eiffel.
Pekerja restoran dan pelanggan juga diwajibkan memakai topeng muka.
Perancis memulakan kempen pengeluaran topeng muka selepas pada awalnya terpaksa bergantung pada import dari negara seperti China. – AFP, 19 Julai, 2020.
Komen