Jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia lepasi angka 600,000


Sebanyak 600,523 kematian dicatatkan di seluruh dunia daripada 14,233,355 kes. – Gambar AFP, 19 Julai, 2020,

PANDEMIK koronavirus meragut lebih 600,000 nyawa di seluruh dunia, lapor AFP pada Ahad.

Sebanyak 600,523 kematian dicatatkan di seluruh dunia daripada 14,233,355 kes, berdasarkan data rasmi termasuk 205,065 kematian di Eropah - benua yang paling teruk terjejas.

Virus ini merebak dengan pantas di Amerika Latin - wilayah dengan jumlah kematian kedua tertinggi - yang menyaksikan 160,726 orang mati.

Amerika Syarikat adalah negara mempunyai jumlah kematian tertinggi dengan 140,103, diikuti oleh Brazil (78,772), Britain (45,273), Mexico (38,888) dan Itali (35,042).

Jumlah kematian yang berkaitan dengan Covid-19 meningkat dua kali ganda dalam masa dua bulan, dan lebih 100,000 kematian baharu dicatatkan dalam tempoh tiga minggu sejak 28 Jun. – AFP, 19 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen