35 juta rakyat Iran mungkin dijangkiti Covid-19, kata presiden


Secara keseluruhan, sebanyak 13,979 kematian dicatatkan daripada 271,606 kes jangkitan di Iran. – Gambar EPA, 18 Julai, 2020.

KIRA-KIRA 35 juta rakyat Iran mungkin dijangkiti Covid-19 kersna negara itu masih belum berjaya mengawal wabak itu ketika suku populasi negara mungkin sudah terkena virus itu, kata Presiden Hassan Rouhani.

Ini merupakan kali pertama pemimpin Iran menunjukkan petanda bahawa negara itu mungkin kalah dalam menentang wabak Covid-19.

Virus itu menyebabkan lebih 588,000 orang maut dan menjangkiti hampir 14 juta orang di seluruh dunia sejak kali pertama dikesan di China hujung tahun lalu.

Iran bergelut untuk mengekang Covid-19 dengan angka kematian dan jangkitan meningkat semula sejak Mei.

Pada Sabtu, sebanyak 188 kematian direkodkan dan 2,166 kes jangkitan dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Secara keseluruhan, sebanyak 13,979 kematian dicatatkan daripada 271,606 kes jangkitan di Iran.

Peningkatan semula kes menyebabkan pihak berkuasa terpaksa melaksanakan semula sekatan di wilayah yang terjejas teruk selepas sekatan ditarik semula pada April.

“Kita menganggarkan 25 juta rakyat Iran sudah dijangkit virus ini.

“Kita mungkin mengambil kira sehingga 35 juta penduduk akan dijangkiti virus ini,” kata Rouhani. – AFP, 18 Julai, 2020.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen