Australia tangguh sidang Parlimen selama dua minggu


SIDANG Parlimen Australia akan digantung selama dua minggu ekoran kebimbangan ahli politik akan mencetuskan gelombang baharu penularan Covid-19 di ibu negara, kata Perdana Menteri Scott Morrison.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas dua bandar terbesar di negara itu melaporkan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Memetik nasihat pakar perubatan, Morrison berkata kerajaan tidak boleh mengenepikan risiko bahawa ahli Parlimen mungkin penyebab wabak itu tersebar di Canberra.

Canberra dan kawasan sekitarnya masih berjaya mengawal penularan wabak maut itu tetapi kes masih meningkat di Sydney dan Melbourne.

Pengumuman Morrison itu bakal menyaksikan Parlimen tidak akan bersidang hingga 24 Ogos walaupun bersambung pada 8 Jun lalu.

Parti pembangkang utama menerima baik keputusan itu tetapi menyifatkan kerugian masa untuk memantau perkembangan ekonomi negara.

Pada Sabtu, pegawai di Victoria yang merupakan ibu negeri Melbourne, melaporkan bahawa lebih 200 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Australia setakat ini mencatatkan lebih 14,000 kes jangkitan dengan 118 kematian. – AFP, 18 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen