Rakyat Malaysia yang dihantar pulang dari India masih dikuarantin


KESEMUA 96 rakyat Malaysia yang tiba hari ini dengan penerbangan pulang dari India yang tidak mempunyai gejala Covid-19 setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kesemua mereka masih berada di pusat pengawasan kerajaan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi di Bandar Enstek, Nilai selama 14 hari.

“Mereka terdiri dari 72 lelaki dan 24 wanita, termasuk empat orang kanak-kanak. Mereka kembali dalam penerbangan kemanusiaan dari New Delhi dalam keadaan sihat dan tanpa gejala,” kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan.

“Mereka dikuarantin di pusat dan tidak ditempatkan di bawah perintah pengawasan rumah kerana mereka kembali dari negara yang mempunyai risiko tinggi.”

Beliau turut menambah bahawa sampel telah diambil dari 88 orang daripada mereka semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan hasil ujian masih belum diterima.

Baki lapan orang lagi adalah merupakan anggota keluarga staf diplomatik yang menjalani ujian Covid-19 semasa di India dan diuji negatif.

Kesemua 96 orang itu akan disaring dua kali sehari semasa berada dalam kuarantin, tambah Dr Noor Hisham.

96 rakyat Malaysia termasuk 62 ahli jamaah Tabligh yang terkandas di India selama beberapa bulan selepas menyertai sebuah himpunan dakwah.  – 18 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen