AMERIKA Syarikat (AS) mencatat 77,638 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam pada Jumaat, menurut data yang dikeluarkan Johns Hopkins University.
Sebanyak 927 kematian juga dilaporkan dalam sehari setakat 8.30 malam waktu tempatan, kata universiti di Baltimore itu.
Negara yang paling teruk terjejas akibat Covid-19 itu sehingga kini merekod 3.64 juta kes positif, dengan 139,128 kematian.
Kes melonjak di negeri-negeri sebelah selatan dan barat AS dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Di California, Los Angeles County melaporkan 4,592 kes baharu pada Khamis. – AFP, 18 Julai, 2020.
Komen