WALAUPUN bimbang berlaku gelombang kedua jangkitan Covid-19 di Britain, Perdana Menteri Boris Johnson semalam berharap keadaan akan kembali normal menjelang Krismas.
Johson telah merangka jadual untuk melonggarkan langah sekatan pergerakan di England, termasuk garis panduan bekerja dari rumah dan membenarkan semula sukan dalam stadium dan teater.
“Saya sangat berharap kita dapat mengkaji semula sekatan yang masih berjalan dan membenarkan lebih banyak kelonggaran supaya keadaan kembali normal mulai paling awal mulai November, kemungkinan pada Krismas sudah normal,” katanya.
Buat masa ini, kerajaan mengeluarkan garis panduan bagi mereka yang bekerja dari rumah.
Tetapi, di bawah cadangan terkini, Johnson berkata majikan boleh berbincang dengan pekerja sama ada selamat atau sebaliknya untuk bekerja semula di pejabat mulai 1 Ogos, mengikut budi bicara mereka.
Bagaimanapun, beliau berkata orang ramai masih boleh bekerja dari rumah.
Mulai 1 Ogos juga, kebanyakan kawasan riadah termasuk gelanggang luncur ais dan kasino akan dibuka semula, dengan syarat mematuhi penjarakan sosial.
Majlis perkahwinan juga dibenarkan dengan aksimum 30 tetamu.
Selain itu, Johnson juga berkata Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NSH) akan menerima peruntukan tambahan £3 billion bagi persiapan kemungkinan lonjakan kes pada musim sejuk nanti.
“Walaupun kita bersiap sedia menghadapi situasi terburuk, namun saya percaya kita juga perlu mengharapkan yang terbaik,” katanya. – AFP, 18 Julai, 2020.
Komen