Bank Dunia ramal ekonomi Indonesia pulih Ogos 


Bank Dunia menjangkakan ekonomi Indonesia secara keseluruhan tahun ini tidak akan mengalami pertumbuhan atau berkembang dengan sifar peratus. – Gambar EPA, 17 Julai, 2020.

EKONOMI Indonesia dijangka dibuka kembali dan pulih pada Ogos tahun ini, meskipun berhadapan tekanan pandemik Covid-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik Pengarah Negara Bank Dunia untuk Indonesia dan Timor-Leste Satu Kahkonen pada Khamis.

Jangkaan mengenai permulaan pemulihan ekonomi Indonesia pada Ogos satu daripada tiga jangkaan Bank Dunia mengenai pertumbuhan ekonomi negara ini tahun ini, kata Kahkonen pada majlis mengenai prospek ekonomi Indonesia.

Institusi kewangan antarabangsa itu menjangkakan ekonomi Indonesia secara keseluruhan tahun ini tidak akan mengalami pertumbuhan atau berkembang dengan sifar peratus, katanya, sambil menambah ia seiring unjuran Bank Dunia ekonomi global akan mengalami penguncupan hingga 5.2% pada 2020, kemelesetan terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

Beliau menambah, jangkaan ekonomi Indonesia akan tumbuh sifar peratus juga dibuat berdasarkan andaian tiada gelombang kedua pandemik Covid-19.

Jangkaan akan berubah sekiranya ketiga-tiga andaian itu berubah, katanya. – Bernama, 17 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen