AMERIKA Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Kanada menuduh Rusia cuba mencuri hasil penyelidikan vasin untuk Covid-19.
Virus itu sehingga kini meragut 585,000 nyawa dan menjangkiti lebih 13.6 juta orang di seluruh dunia sehingga menjejaskan ekonomi global.
Media UK semalam melaporkan prototaip vaksin yang dijalankan oleh Oxford University menghasilkan tindak balas imun terhadap virus Covid-19.
Beberapa jam kemudian, Pusat Keselamatan Siber Nasional (NCSC) UK berkata kumpulan penggodam APT29 mensasarkan makmal Britain yang menjalankan ujian vaksin, untuk mencuri hasil penyelidikan.
NCSC berkata ia hampir pasti APT29 adalah sebahagian daripada Perkhidmatan Perisikan Rusia, mengutip maklumat berkenaan penyelidikan vaksin Covid-19.
AS, UK dan Kanada menuduh Rusia dalam satu kenyataan bersama.
Moscow menafikan tuduhan tersebut.
“Rusia tiada kena mengena dengan tuduhan itu,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov. – AFP, 17 Julai, 2020.
Komen