3 kes baharu Covid-19, 12 lagi pulih hari ini


Tiga kes baharu Covid-19 dilapor hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Julai, 2020.

MALAYSIA melaporkan tiga kes baharu Covid-19, hari ini, dua daripadanya adalah kes jangkitan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes terbaru itu menjadikan jumlah kes keseluruhan naik kepada 8,737.

Dua kes jangkitan tempatan itu melibatkan warga asing dan satu lagi kes import melibatkan warga Malaysia.

Satu kes jangkitan tempatan melibatkan warga asing dikesan ketika saringan di Depot Imigresen Jalan Duta, manakala satu lagi kes di Sarawak ketika saringan pekerjaan.

Malaysia masih mempunyai 77 kes Covid-19 yang aktif.

Sementara itu, 12 orang lagi disahkan pulih dan dibenar keluar hospital setakat tengahari tadi.

Ini membawa kepada jumlah kes pulih sebanyak 8,538.

Tiada kematian dilaporkan, jumlah korban wabak negara masih kekal 122 orang.

Tiga pesakit pula berada dalam ICU, dengan seorang memerlukan alat bantuan pernafasan. – 16 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen