3 lagi kes Covid-19 babitkan kluster kapal Rusia dilaporkan di Busan


Petugas kesihatan berdiri di sebelah booth saringan Covid-19 di sebuah hospital di Seoul. Korea Selatan mengambil langkah berjaga-jaga susulan kemunculan kluster kapal Rusia bulan lalu. – Gambar EPA, 16 Julai, 2020.

TIGA kru kapal Rusia yang berlabuh di bandar pelabuhan tenggara Busan, Korea Selatan disahkan positif Covid-19.

Kapal itu memasuki Pelabuhan Gamcheon di Busan pada bulan lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan bandar raya itu pada Khamis.

Lebih banyak kes mungkin akan dilaporkan memandangkan kapal itu membawa 29 kru. Hasil ujian ke atas kru lain, dijangka diumumkan tidak lama lagi, lapor agensi berita Yonhap.

Awal minggu ini, seorang kru satu lagi kapal Rusia di bawah bendera Tuvalu, berlabuh di Pelabuhan Gamcheon juga diuji positif Covid-19. 

Sementara 43 anak kapal yang lain didapati negatif, namun, saringan kali kedua akan dilakukan selepas mereka menjalani kuarantin selama dua minggu sehingga 28 Julai.

Kes terbaharu membabitkan kluster kapal Rusia pada bulan lalu, menyebabkan pihak berkuasa kesihatan di Busan mengambil langkah berjaga-jaga, 19 kes berkaitan kluster itu dilaporkan.

Sejak itu, Korea Selatan menjalankan pemeriksaan terhadap kapal asing yang tiba dari negara berisiko tinggi. – Bernama, 16 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen