PAU masa tepat ahli Umno suarakan isu 1MDB


Looi Sue-Chern Low Han Shaun

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata isu ini mesti diutarakan selepas peguam negara AS menggelarnya 'kleptokrasi yang paling parah'. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 Disember, 2017.

PERHIMPUNAN Agung Umno (PAU) minggu ini adalah “masa yang tepat” bagi akar umbi parti menunjukkan yang mereka mengambil berat kebajikan negara ini dengan mengutarakan komen terbaharu Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Jeff Sessions iaitu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan “kleptokrasi yang paling parah”, kata ahli Parlimen DAP.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, para perwakilan pada PAU yang ke-71 itu seharusnya mengemukakan isu itu kepada Presiden parti, Najib Razak, jika tidak perhimpunan itu hanya akan menjadi “perhimpunan lawak”.

“Inilah peluangya bagi ahli-ahli Umno mengutarakannya kepada presiden, untuk menunjukkan yang mereka ada inisiatif untuk mempertahankan masyarakat,” katanya.

Santiago mengulas ucapan Session pada Global Forum on Asset Recovery semalam, yang mana beliau berkata “harta yang dirampas dan ditahan itu berjumlah AS$3.5 bilion, tetapi hampir separuh daripada jumlah itu berkait dengan satu tindakan penguatkuasaan sahaja – 1MDB”.

“Jabatan Kehakiman (DoJ) AS sedang berusaha untuk memberi keadilan kepada mangsa skim ini, ” kata Session.

Kenyataan Session itu kata Santiago, menunjukkan skandal 1MDB adalah siasatan antarabangsa dan ini tidak boleh dielakkan ahli Umno.

“Kalau tidak, ia akan jadi perhimpunan lawak, sebab ahli Umno lebih bijak. Mereka boleh nampak masalah di lapangan, dan saya rasa ini tanggungjawab mereka untuk mengutarakan perkara ini kepada pemimpin mereka kerana ia menjejaskan mereka juga.

“Secara keseluruhan, ia menjejaskan rakyat Malaysia melalui cara yang yang besar, contohnya, kita nak bawa masuk ubat, harga ubat naik disebabkan kejatuhan kadar pertukaran. Tengok saja kenaikan harga makanan,” katanya.

Tambah beliau lagi, kenyataan Sessions itu adalah peringatan yang tepat pada masanya kepada kerajaan Malaysia untuk menangani skandal 1MDB, daripada berulangkali mengatakan wang firma negara itu tidak hilang.

“Pegawai kerajaan AS tertinggi pada satu persidangan antarabangsa telah mengatakan secara terbuka bahawa 1MDB adalah kleptokrasi yang paling parah,” katanya.

Seorang lagi ahli Parlimen DAP, berkata skandal 1MDB akna terus menghantui pentadbiran Najib walaupun cuba demi cubaab untuk menggambarkan yang sebaliknya.

Kerajaan Malaysia tidak boleh berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku dan tiada jenayah dilakukan,” kata ahli Parlimen Kluang yang juga pengarah pendidikan politik DAP.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil berkata pejabat peguam negara AS dan DoJ dalam mempertahankan siasatan dan tindakan yang diambil untuk menyita aset bernilai AS$1.7 bilion.

Katanya, ini memberi tamparan besar kepada institusi penguatkuasa undang-undang negara termasuk pihak polis, SPRM dan peguam negara kerana takut untuk bertindak sedangkan pihak luar sudah menunjukkan bukti yang jelas.

“Lagipun, laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2016 dan denda RM115.8 juta oleh Bank Negara menunjukkan kepincangan dan salah urus 1MDB,” kata Faiz, merujuk kepada pendedahan Bank Negara pada akhir September mengenai “rekod” denda yang dikenakan ke atas 1MDB di bawah Perkara 234 (3b) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

“Siasatan dan tindakan terhadap individu yg bertangungjawab termasuk Jho Low dan perdana menteri perlu diambil segera supaya undang-undang dapat ditegakkan.”

Faiz, yang turut sama dalam siri jelajah ceramah anti kleptokrasi Pakatan Harapan di seluruh negara, juga berkata beliau bersama belai yang menyertai gerakan AMCJL (Gerakan Anak Muda Cari Jho Low) akan terus mendedahkan perbuatan salah laku dan jenayah perdana menteri dan Jho Low.

“Berbilion ringit wang rakyat dicuri sehingga memberi kesan yang amat teruk kepada rakyat yang dibebani GST dan kenaikan harga barang akibat kemerosotan nilai ringgit berpunca daripada skandal 1MDB ini,” katanya. – 5 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen