AS rekod 63,000 kes baharu Covid-19 dalam 24 jam


Lonjakan kes dilaporkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini terutamanya di sebelah barat AS. – Gambar AFP, 15 Julai, 2020.

SEBANYAK 63,262 kes baharu Covid-19 direkodkan di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 24 jam, menurut data yang dikeluarkan Johns Hopkins University pada Selasa.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara itu kini melepasi 3.42 juta, kata universiti di Baltimore itu.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 850 kematian dicatatkan, menjadikan seramai 136,432 orang maut akibat virus itu sehingga kini.

Lonjakan kes dilaporkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini terutamanya di sebelah barat AS.

Di Florida, pihak berkuasa melaporkan 132 kematian pada Selasa, angka harian tertinggi yang direkodkan di negeri itu. Manakala 9,000 kes baharu direkodkan.

Florida antara negeri terawal menarik semula perintah berkurung bagi membendung penularan wabak. – AFP, 15 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen