7 kes baharu Covid-19, 1 kes pulih


Malaysia hari ini merekod tujuh kes baharu Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 13 Julai, 2020.

MALAYSIA hari ini merekod tujuh kes baharu Covid-19 dan satu kes pulih, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih kini 8,520. 

Jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini pula 8,725 kes, dengan 83 kes aktif.

Daripada tujuh kes baharu yang dilaporkan hari ini, enam adalah kes import melibatkan dua rakyat Malaysia dan empat bukan warganegara.

Manakala satu kes daripada penularan tempatan membabitkan rakyat Malaysia, kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Tiada kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 122 orang.

Dr Noor Hisham juga berkata empat pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 13 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen