DEWAN Rakyat hari ini meluluskan usul pelantikan enam ahli Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Parlimen ke-14.
Mereka terdiri daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof; Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Bagan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Marang Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim.
Usul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan mengikut Peraturan Mesyuarat 76 itu diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Rakyat.
Ia bagi menggantikan ahli jawatankuasa sebelum ini iaitu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh; Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera; Ahli Parlimen Pandan Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Penampang Ignatius Darell Leiking; dan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai.
Jawatankuasa Pemilih dilantik untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-Peraturan Mesyuarat. – Bernama, 13 Julai, 2020.
Komen