Tukar speaker ikut Perlembagaan Persekutuan, kata Takiyuddin


Chan Kok Leong Ragananthini Vethasalam

Walaupun ini merupakan kali pertama kali speaker Dewan Rakyat ditukar, ia tidak menyalahi undang-undang kerana usul dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Mesyuarat," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Julai, 2020.

PERIKATAN Nasional tidak menyalahi undang-undang menukar Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof, kata Takiyuddin Hassan.

“Walaupun ini merupakan kali pertama kali speaker Dewan Rakyat ditukar, ia tidak menyalahi undang-undang kerana usul dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Mesyuarat,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Takiyuddin (Kota Bharu-PAS) berkata perkara 57(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa speaker boleh diganti dalam tiga keadaan.

“Speaker boleh diganti apabila Dewan Rakyat bermesyuarat buat kali pertama selepas pilihan raya umum. Kedua, apabila beliau hilang kelayakan dipilih sebagai ahli Dewan Rakyat.

“Dan yang ketiga apabila Dewan memutuskan demikian,” katanya.

Menurut Takiyuddin, kerajaan berhak menggantikan speaker apabila berlaku peralihan kuasa.

Usul supaya Ariff mengosongkan jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat katanya dibuat mengikut undang-undang.

“Selepas kerajaan bertukar, kami membuat penilaian dan memutuskan bahawa Ariff tidak memenuhi kriteria kami atau dengan kata lain tidak memenuhi agenda kerajaan,” katanya

Takiyuddin berkata demikian ketika menggulung perbahasan berhubung usul supaya Ariff mengosongkan jawatannya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.– 13 Julai, 2020.

Berita penuh di sini.        


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen