BINTANG Bollywood Aishwarya Rai diuji positif Covid-19 selepas bapa mentuanya Amitabh Bachchan disahkan dijangkiti virus itu.
Anak perempuan Aishwarya, Aaradhya, 8, turut disahkan positif Covid-19.
Anak lelaki Amitabh, Abhishek yang merupakan suami Aishwarya juga positif virus itu.
Aishwarya pernah dinobatkan sebagai Miss World pada 1994 dan membuat kemunculan dalam dunia lakonan pada lewat 1990-an.
Pelakon wanita itu kemudiaannya menjadi antara selebriti terkenal Bollywood dan mengahwini Abhisbek pada 2007.
Hari ini, India mencatatkan lebih 28,600 kes baharu dengan keseluruhan kes hampir mencecah 850,000.
Negara yang mempunyai 1.3 bilion penduduk itu merupakan yang ketiga paling teruk terjejas akibat Covid-19 selepas Amerika Syarikat (AS) dan Brazil. – AFP, 12 Julai, 2020.
Komen