1,280 kes Covid-19 dilapor di akademi tentera Indonesia


Orang ramai memakai topeng muka menjaga jarak sosial di dalam kereta api penumpang di stesen kereta api Pasar Senen di Jakarta, Indonesia. Negara itu paling teruk dilanda Covid-19 di Asia Tenggara dengan lebih 74,000 kes Covid-19 dan lebih 3,500 kematian. – Gambar EPA, 12 Julai, 2020.   

HAMPIR 1,300 orang di sebuah akademi ketenteraan di Indonesia disahkan positif Covid-19, kata pegawai.

Sekolah Calon Perwira Angkatan Darat Indonesia di Jawa Barat paling padat penduduknya sudah dikuarantin dan 30 orang pada awalnya menerima rawatan di hospital dengan gegala ringan, kata Ketua Staf Tentera Jenderal Andika Perkasa semalam.

Daripada 1,280 jangkitan yang disahkan, 991 adalah kadet dan selebihnya kakitangan dan ahli keluarga mereka.

Sebilangan besar tidak bergejala.

Seramai 17 orang masih berada di hospital semalam.

Wabak itu pertama kali dikesan ketika dua kadet pergi ke kemudahan perubatan selepas mengadu demam dan sakit belakang.

Kedua-duanya diuji positif Covid-19 dan menyebabkan akademi yang mempunyai 2,000 kakitangan dan kadet itu turut dikehendaki melakukan ujian swab.

Tidak jelas bagaimana kadet dijangkiti tetapi beberapa kakitangan tinggal di luar kompleks tentera.

Gabenor Jawa Barat meminta maaf atas wabak tersebut dan mendesak penduduk untuk mengehadkan pergerakan keluar masuk dari kawasan kejiranan di mana akademi itu berada sehingga semuanya terkawal.

Indonesia negara paling teruk dilanda Covid-19 di Asia Tenggara dengan lebih 74,000 kes Covid-19 dan lebih 3,500 kematian. 

Jumlah sebenar diyakini jauh lebih tinggi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia baru-baru ini mendesak Indonesia untuk melakukan lebih banyak ujian saringan Covid-19. – AFP, 12 Julai, 2020.   


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen