2 daripada 98 tahanan di depoh tahanan Bukit Jalil positif Covid-19


Ragananthini Vethasalam

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka akan diasingkan dan dirawat selama dua minggu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Julai, 2020.

DUA daripada 98 tahanan yang menjalani ujian saringan di Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil sebelum dihantar pulang semalam disahkan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua mereka yang merupakan warga India diasingkan dan menjalani rawatan di hospital selama dua minggu.

Menurutnya, ujian saringan melibatkan 91 warga India dan tujuh warga Nigeria.

Mereka yang terdedah kepada kes positif akan dikuarantin selama dua minggu.

“Sebelum kita hantar mereka pulang, kita akan saring mereka,” katanya.

Tahanan perlu menjalani ujian saringan koronavirus sebelum dihantar ke pusat tahanan. Hanya mereka yang negatif akan ditempatkan di situ.

Setakat ini, 1,661 individu menjalani ujian saringan di depoh Bukit Jalil, yang mana 649 daripada mereka disahkan positif.

Daripada 646 kes positif, tiga adalah warga Malaysia. – 10 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen