Premis hiburan keluarga dibenar buka semula


Noel Achariam

Putrajaya membenarkan premis hiburan keluarga termasuk karaoke keluarga, arked dan taman permainan tertutup dibuka semula. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Julai, 2020.

PREMIS hiburan keluarga seperti karaoke keluarga, pesta ria (fun fair), taman permainan kanak-kanak tertutup dan arked dibenarkan dibuka semula, kata Ismail Sabri Yaakob.

Menteri kanan yang juga menteri pertahanan itu berkata keputusan dibuat selepas mengambil kira nasib lebih 3,000 orang yang bekerja dalam sektor itu.

“Sektor ini menyumbang RM500 juta kepada ekonomi negara.

“Semua premis hiburan perlu mematuhi semua prosedur operasi standard,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri, bagaimanapun berkata yang pub dan kelab malam masih belum dibenarkan beroperasi. – 10 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen