Ancam batal visa pelajar asing, California saman pentadbiran Trump


California State University adalah antara pihak yang merancang menawarkan pendidikan secara dalam talian kepada lebih 10,000 pelajar asing pada musim luruh ini. – Gambar Wikipedia, 10 Julai, 2020.

CALIFORNIA akan memfailkan saman terhadap pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhubung polisinya yang mengancam membatalkan visa pelajar warga asing bagi menjalani pengajian dalam talian susulan koronavirus, kata para pegawai pada Khamis.

Saman akan difailkan peguam negara negeri itu dibuat ketika Trump mendesak agar kemudahan pendidikan negara itu dibuka kembali walaupun jangkitan virus terus melonjak, terutama di selatan dan barat.

“Dasar pentadbiran Trump menyalahi undang-undang… mengancam akan memburukkan penyebaran Covid-19 dan membuang ratusan ribu pelajar kolej yang belajar di AS,” kata satu kenyataan yang mengumumkan saman itu.

Pada Isnin, Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam AS (ICE) berkata pelajar asing yang mendaftar dalam program dalam talian sepenuhnya untuk semester musim luruh tidak akan dibenarkan masuk ke negara ini.

Tindakan itu dilihat sebagai langkah White House untuk memberi tekanan kepada institusi pendidikan yang melaksanakan pendekatan berhati-hati untuk kembali dibuka.

Tetapi California State University - plantif dalam saman itu - adalah antara mereka yang merancang untuk menawarkan pendidikan hanya dalam talian kepada lebih 10,000 pelajar warga asing, dan juga pelajar AS, pada musim luruh ini.

“Pentadbiran Trump memalukan kerana mempertaruhkan bukan sahaja peluang pendidikan untuk pelajar peluang menghadiri kuliah, tetapi kini juga kesihatan dan kesejahteraan mereka,” kata Peguam Negara Becerra.

Memaksa universiti dan kolej California membuka kelas secara langsung akan mengancam kewangan dan berkemungkinan mengubahnya menjadi “penyebar” penyakit ini, kata Becerra.

Pendakwa raya persekutuan untuk California yang sangat Demokratik - yang mengajukan puluhan saman mahkamah terhadap dasar presiden Republik itu menambah: “Kami akan bertemu pentadbiran Trump di mahkamah.”

Universiti Harvard, yang juga merancang kelas hanya dalam talian tahun depan, mengemukakan saman mahkamah yang berasingan terhadap dasar tersebut pada Rabu, bersama dengan MIT. – AFP, 10 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen