Mahkamah tolak saman SPRM dapatkan semula wang 1MDB dari firma IT


SPRM gagal dalam permohanan samannya terhadap syarikat IT AGA Touch (M) Sdn Bhd bernilai RM3 juta yang didakwa dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB). – Gambar The Malaysian Insight, 10 Julai, 2020.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal dalam permohanan samannya terhadap syarikat IT AGA Touch (M) Sdn Bhd bernilai RM3 juta yang didakwa dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Hakim Mahkamah Kuala Lumpur Muhammad Jamil Hussin pagi ini menolak saman sivil SPRM terhadap syarikat itu.

Jun lalu SPRM mengemukakan permohonan lucut hak bernilai RM270 juta terhadap 41 individu dan kumpulan termasuk AGA Touch.

Kemudian Ketua SPRM Latheefa Koya berkata semua wang sudah diagihkan kepada responden dari akaun AmBank peribadi bekas perdana menteri Najib Razak.

Daripada RM270 juta, RM212 juta dari bahagian Umno. 

Hakim Jamil berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan wang di akaun bank AGA Touch adalah hasil dari aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Beliau berkata AGA Touch tidak pernah menafikan menerima cek sebanyak RM3 juta daripada Najib pada Mac 2014 dan itu perkhidmatan yang diberikan kepada Umno.

Tambahnya ini dibuktikan dengan invois yang ditunjukkan semasa proses mahkamah.

Mahkamah juga setuju dengan pengakuan firma IT bahawa RM3 juta digunakan untuk operasi perniagaan ketika akaun itu disita oleh pihak berkuasa pada 2018.

Hakim Jamil berkata syarikat itu sudah menunjukkan wang tersebut di dalam akaunnya ketika dibekukan dari badan korporat lain untuk perkhidmatan yang diberikan.

“Saya dapati wang yang disita bukan daripada Najib.

“Pemohon (pendakwaan) dengan kemungkinan tidak dapat membuktikan bahawa RM3 juta adalah hasil aktiviti haram. Permohonan (pelucutan) ditolak,” katanya.

Pendakwaan diketuai oleh DPP Farah Yasmin Salleh sementara AGA Touch diwakili oleh Hariharan Tara Singh.

Mahkamah juga menolak permohonan pendakwaan untuk sementara waktu sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Rayuan. – 10 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen