ITALI pada hari Khamis melarang pelancong dari Brazil dan 12 negara lain yang dianggapnya berisiko tinggi bagi penularan Covid-19.
Senarai lengkap merangkumi Armenia, Bahrain, Bangladesh, Bosnia, Brazil, Chile, Republik Dominika, Kuwait, Macedonia Utara, Moldova, Oman, Panama dan Peru.
Keputusan melarang pengunjung dari negara tersebut memasuki Itali ditandatangani oleh kementerian kesihatan dengan persetujuan kementerian dalam dan luar negeri serta pengangkutan.
“Di seluruh dunia, pandemik memasuki fasa yang lebih teruk,” kata Menteri Kesihatan Roberto Speranza.
“Kita tidak boleh mensia-siakan pengorbanan yang dilakukan oleh rakyat Itali dalam beberapa bulan terakhir,” tambahnya.
Itali adalah negara pertama dijangkiti virus itu selepas ia muncul di China akhir tahun lalu.
Hampir 35,000 orang mati akibat virus di Itali, menurut angka rasmi dan melibatkan lebih 242,000 kes.
Penyebaran koronavirus semakin perlahan dengan 12 kematian baru diisytiharkan pada Khamis, sejak 15 hari lalu.
Brazil mengalami jumlah kematian Covid-19 tertinggi selain Amerika Syarikat, dengan hampir 68,000 orang meninggal dunia, menurut laporan. – AFP, 10 Julai, 2020.
Komen