Covid-19: Tiada kes penularan tempatan 2 hari berturut-turut 


Ragananthini Vethasalam

Petugas kesihatan mengambil sampel untuk ujian saringan Covid-19 di Kota Kinabalu, Sabah.– Gambaar fail The Malaysian Insight, 9 Julai, 2020.

MALAYSIA hari ini menyaksikan sifar kes penularan tempatan Covid-19 untuk dua hari berturut-turut, kata Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, ketua pengarah kesihatan berkata terdapat enam kes import melibatkan lima warga Malaysia dan seorang pemastautin tetap.

Ini menjadikan jumlah jangkitan kepada 8,683.

Sementara itu, 13 orang dilaporkan pulih dan didiscaj daripada hospital setakat tengah hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes pulih kepada 8.499 atau 97.9% daripada jumlah kumulatif kes.

Dalam pada itu, kes aktif pula kekal pada 63.

Dua pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi yang mana salah seorang daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, tiada kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian kekal pada 121. – 9 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen