AMERIKA Syarikat melaporkan 55,000 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam pada Rabu, menurut data yang dikeluarkan Johns Hopkins University.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara paling teruk terjejas akibat Covid-19 itu kini 3,046,351 kes.
Data yang dikeluarkan univerisiti di Baltimore itu mungkin sebenarnya jauh lebih tinggi ekoran beberapa masalah ketika ujian saringan yang dijalankan pada Mac dan April.
Dalam tempoh 24 jam yang lalu juga sebanyak 833 kes kematian direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kini 132,195.
Beberapa titik panas termasuk Texas, Florida, Louisiana dan Arizona mencatatkan peningkatan kes. – AFP, 9 Julai, 2020.
Komen