Hampir 12 juta kes Covid-19 sejak Disember


Sebanyak 200,181 kes baharu dengan 5,523 kematian direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam yang lalu. – Gambar AFP, 9 Julai, 2020.

SEKURANG-kurangnya 545,414 orang maut akibat Covid-19 di seluruh dunia sejak virus itu dikesan di China pada Disember lalu, menurut data yang dikumpul AFP.

Setakat semalam sebanyak 11,906,470 kes dilaporkan di 196 negara dan wilayah. Daripada jumlah tersebut, seramai 6,295,700 pesakit disahkan sembuh.

Data diperolehi dari pihak berkuasa negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu mungkin hanya mencerminkan sebilangan kecil daripada jumlah sebenar jangkitan kerana kebanyakan negara hanya menguji kes bergejala atau yang paling serius.

Sebanyak 200,181 kes baharu dengan 5,523 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Brazil mencatat angka kematian tertinggi sebanyak 1,254 kes diikuti Amerika Syarikat (AS) sebanyak 1,004 kes dan Mexico (895).

AS masih kekal negara paling teruk terjejas dilanda wabak Covid-19. Sehingga kini AS mencatat 3,022,899 kes jangkitan dengan 131,857 kematian.

Ini diikuti Brazil yang setakat ini mengesahkan 66,741 kematian daripada 1,668,589 kes, United Kingdom (44,517 kematian daripada 286,979 kes), Itali (34,914 kematian daripada 242,149 kes dan Mexico (32,014 kematian daripada 268,008 kes).

China – tidak termasuk wilayah Hong Kong dan Macau setakat ini mencatatkan 83,572 kes, termasuk 4,634 kematian dan 78,433 kes pulih.

Lesotho juga melaporkan kematian pertama akibat Covid-19 dalma tenpoh 24 jam yang lalu.

Secara keseluruhannya Eropah merekodkan 200,812 kematian daripada 2,770,388 kes, AS dan Kanada (140,625 kematian daripada 3,129,267 kes), Amerika Latin dan Caribbean (132,915 kematian daripada 3,039,720 kes), Asia (40,027 kematian daripada 1,579,739 kes), Timur Tengah (18,872 kematian daripada865,653 kes), Afrika (12,028 kematian daripada 511,260 kes) dan Oceania (135 kematian dari 10,443 kes). – AFP, 9 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen