MALAYSIA hari ini melaporkan hanya tiga kes jangkitan baharu Covid-19, yang kesemuanya bukan jangkitan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Jelasnya, semua kes baharu hari ini adalah kes import.
Ini adalah kali kedua minggu ini apabila tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan, kali pertama adalah pada 1 Julai lepas apabila hanya satu kes import dilaporkan.
Sementara itu, lima orang lagi disahkan pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini.
Data terbaru itu menjadikan jumlah kes pulih adalah 8,486 atau 97.8% daripada jumlah keseluruhan kes.
Jumlah kes Covid-19 pula di negara ini pula ada 8,677. Terdapat 70 kes masih aktif.
Dua pesakit masih berada dalam ICU, seorang daripada menerima alat bantuan pernafasan.
Tiada kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah korban wabak kekal 121 orang. – 8 Julai, 2020.

Komen