Tiada perarakan Hari Merdeka tahun ini, kata Ismail Sabri


Noel Achariam

Sambutan Hari Merdeka tahun ini bakal melibatkan acara berskala kecil bagi memastikan SOP pengekangan Covid-19 diteruskan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 September, 2017.

TIADA perarakan Hari Merdeka besar-besaran pada 31 Ogos tahun ini, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob, sebaliknya akan ada acara berskala kecil untuk merayakan hari kemerdekaan itu.

Setakat hari ini, tidak akan ada perarakan Hari Merdeka pada 31 Ogos, kata Ismail.

“Tiada kebenaran untuknya. Bagaimanapun, akan ada acara kecil lain.

“Perhimpunan biasanya besar ... Saya percaya perhimpunan akan melibatkan ribuan orang.

“Tidak akan ada penjarakan sosial antara peserta dan pelawat semasa perbarisan,” katanya pada sidang media kementerian di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata walaupun mereka boleh mengawal penjarakan sosial di bahagian VIP, tetapi sukar untuk mengawal orang ramai yang akan datang menyaksikan acara tersebut.

“Bukan hanya mengenai perbarisan tetapi akan ada program lain untuk Hari Merdeka.

“Contohnya pelancaran acara ‘kibarkan jalur gemilang’ dan acara lain seperti pengiraan detik menjelang merdeka.”

Beliau menambah Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah akan mengumumkan perincian untuk acara yang lebih kecil.

“Beliau (Saifuddin) akan mengumumkan prosedur operasi standard dan acara apa yang boleh diteruskan dan program lain apa yang boleh jalankan.” – 8 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen