KES baharu Covid-19 dan jumlah pesakit pulih hampir seimbang hari ini dengan enam jangkitan baharu serta lima pesakit dibenarkan keluar hospital.
Kesemua kes jangkitan baharu melibatkan rakyat Malaysia menjadikan jumlah jangkitan nasional sebanyak 8,674.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata empat kes baharu merupakan kes import sementara dua daripadanya tempatan.
Salah satu daripada dua kes dikesan di Kuala Lumpur sementara yang lain di Selangor.
Kedua-dua kes tersebut dikesan semasa saringan di tempat kerja pesakit.
Lima pesakit yang dibenarkan keluar dari hospital pada tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih seramai 8,481 atau 97.8% daripada jumlah kes terkumpul.
Jumlah kes aktif pula sebanyak 72. Daripada jumlah tersebut dua pesakit berada di unit rawatan rapid an menggunakan alat bantuan kecemasan.
Tidak ada kematian yang dilaporkan hari ini menjadikan angka kematian kekal 121 orang. – 7 Julai, 2020.
Komen