Covid-19: Melbourne diletak bawah perintah berkurung 6 minggu


Penduduk mengambil makanan yang diedarkan oleh anggota bomba ke seluruh menara perumahan awam di Melbourne, Australia. Negeri itu akan diletakkan di bawah perintah pengurungan selam enam minggu selepas kes Covid-19 meningkat. – Gambar EPA, 7 Julai, 2020.

LEBIH lima juta penduduk Melbourne akan diletakkan di bawah perintah pengurungan selama enam minggu selepas kes Covid-19 meningkat di bandar kedua terbesar di Australia itu, kata pihak berkuasa hari ini.

Perdana Menteri Daniel Andrews berkata perintah pengurungan akan bermula pada tengah malam Rabu ini dan dikuatkuasakan sekurang-kurangnya enam minggu.

Beliau memberi amaran kepada penduduk “kita tidak boleh berpura-pura” krisis koronavirus sudah berakhir.

Selepas bandar tenggara mengesan 191 kes baharu dalam masa 24 jam, Andrews berkata kini terdapat banyak insiden yang perlu dijejaki.

“Tidak ada yang mahu berada dalam keadaan ini. Saya tahu akan banyak kerosakan yang akan terjadi. Ini sangat mencabar,” katanya.

Sebilangan besar pelajar sekolah akan kembali ke pembelajaran atas talian sementara restoran dan kafe akan terjad untuk menyediakan makanan bawa pulang.

Walaupun perintah pengurungan ini meliputi kawasan metropolitan Melbourne, seluruh negeri Victoria akan ditutup secara efektif di seluruh negara bermula tengah malam Selasa berikutan sempadan negara ditutup.

Polis dan tentera sedang melakukan rondaan di sempadan dan menggunakan dron serta pesawat lain untuk mengawasi sempadan yang luas dengan negeri-negeri lain yang berjaya mengekang wabak Covid-19.

Pegawai kesihatan minggu lalu secara efektif menyekat kira-kira 300,000 penduduk Melbourne ke seluruh bandar hingga akhir Julai tetapi sekarang dilanjutkan di luar kawasan sekitar mereka.

Kira-kira 3,000 orang juga diletakkan di bawah perintah pengurungan di rumah mereka pada Sabtu lalu dalam tindak balas terhadap penularan Covid-19 yang paling ketat di Australia selepas kes dikesan di kawasan perumahan awam bertingkat.

Australia mencatatkan hampir 9,000 kes Covid-19 dan 106 kematian akibat virus tersebut. – AFP, 7 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen