Angka korban Covid-19 di AS lepasi 130,000


Seorang petugas perubatan di sebuah hospital Houston, Texas. Sehingga kini AS melaporkan 2,931,142 kes Covid-19 dengan 130,248 kematian. – Gambar AFP, 7 Julai, 2020.

JUMLAH kematian akibat pendemik Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi 130,000, menurut data yang dikeluarkan Johns Hopkins University.

Negara yang paling teruk terjejas itu juga merekod bilangan jangkitan harian yang membimbangkan iaitu sebanyak 54,999 kes.

Sehingga kini AS melaporkan 2,931,142 kes Covid-19 dengan 130,248 kematian.

Lonjakan kes sejak pertengah Jun memaksa beberapa negeri menangguhkan pembukaan semula ekonomi.

Ketika angka kematian melepasi 100,000 kes pada 27 Mei lalu, Presiden Donald Trump berkata beliau berpuas hati dengan penurunan angka jangkitan baharu, walaupun pakar memberi amaran mengenai lonjakan kes.

Meskipun wabak belum menunjukkan tanda-tanda reda di AS, pentadbiran Trump berkata sektor ekonomi negara itu akan terus dibuka. – AFP, 7 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen