SEBELAS pesakit Covid-19 pulih dan didiscaj pada tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 97.8%, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih kini adalah 8,476.
Sementara itu, bagi jangkitan baharu, sebanyak lima kes dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes 8,668.
Tiga daripada kes baharu adalah import manakala dua lagi adalah penularan tempatan.
Kes import membabitkan dua warganegara dan seorang pemastautin tetap.
Bagi kes penularan tempatan, satu kes melibatkan pekerja restoran warga asing dikesan di Kuala Lumpur manakala kes kedua dikesan di Selangor membabitkan ahli keluarga kes positif.
Tambah Noor Hisham, jumlah kes aktif semakin menurun. Hanya 71 kes seperti itu ketika ini.
Dua pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan memerlukan alat bantuan pernafasan.
Manakala angka kematian pula kekal 121. – 6 Julai, 2020.
Komen