AMERIKA Syarikat mencatatkan 39,379 kes baharu Covid-19 dalam masa 24 jam semalam menurut data oleh Universiti John Hopkins.
Angka ini menunjukkan jumlah jangkitan terus meningkat di seluruh negara.
Jumlah kes di negara itu kini berjumlah 2,876,143.
Ekonomi terbesar di dunia itu juga mencatatkan 234 lagi kematian menjadikan jumlah kematian sebanyak 129,891, kata institusi yang berpangkalan di Baltimore.
Jumlah yang lebih rendah disebabkan kurangnya laporan pada hujung minggu kerana cuti hari kebangsaan pada 4 Julai.
Amerika Syarikat merupakan negara paling terjejas teruk akibat pandemik global berkenaan dan terus berusaha keras untuk mengekang penyebaran Covid-19. – AFP, 6 Julai, 2020.
Komen