PIHAK berkuasa Iran mengumumkan 163 kematian baru akibat Covid-19, jumlah korban sehari yang tertinggi di negara itu sejak wabak itu bermula pada bulan Februari.
Isnin lalu, 162 kematian diumumkan di negara timur tengah itu.
Angka kematian baharu itu menjadikan jumlah korban di Iran meningkat sebanyak 11,571, kata jurucakap kementerian kesihatan Sima Sadat Lari.
“Dalam 24 jam terakhir, 2,560 orang telah diuji positif Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 240,438,” tambah Lari lagi.
Angka rasmi menunjukkan peningkatan mendadak kematian dan kes baharu yang disahkan sejak Iran melaporkan secara harian kes wabak itu selama hampir dua bulan pada awal Mei.
Peningkatan tersebut mendorong kerajaan republik itu mengambil keputusan untuk mewajibkan pemakaian topeng di tempat umum dan tertutup dalam usaha memerangi penularan virus.– 5 Julai, 2020.
Komen