Masjid Al-Aqsa dibuka semula


Tentera Israel menjalankan kawalan ketat di pintu masuk ke Masjid Al-Aqsa yang baru dibuka selepas ditutup selama tiga bulan.– Gambar EPA, 5 Julai, 2020.

MASJID Al-Aqsa yang merupakan tempat suci ketiga bagi umat Islam dibuka semula pada Ahad, selepas ditutup selama tiga bulan berikutan penularan Covid-19.

Namun ketegangan masih tercetus beberapa jam selepas itu apabila berlaku insiden tembakan dengan polis.

Tentera Israel yang ditempatkan di pintu masuk masjid berkenaan dan polis menyatakan lapan tangkapan dibuat pada hari kejadian.

Sehari sebelum itu polis Israel bertindak menembak seorang lelaki kurang upaya warga Palestin di timur Baitulmaqdis. Mereka memberi alasan tersilap tembak kerana menyangka mangsa, Khairi Hallak bersenjata dan cuba menyerang mereka.

Pembunuhan itu turut mencetuskan kecaman hebat.

Pemimpin Palestin menuntut agar pelaku diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Lapan penduduk beragama Islam ditahan polis Israel pada Ahad di kawasan masjid berkenaan atas dakwaan “cuba menghalang pemeriksaan” dan kerana melaungkan “gesaan nasionalis” terhadap penduduk Yahudi Israel., kata jurucakapnya Micky Rosenfeld.

Masjid Al-Aqsa dan ditutup pada Mac sebagai langkah untuk mengekang penularan Covid-19 yang meragut 284 nyawa dan menjangkiti lebih 17,000 orang di Israel.

Sementara itu, hanya 500 kes jangkitan dan hanya tiga kematian direkodkan di Tebing Barat dan Gaza. – AFP, 5 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen