RUSIA hari ini mencatatkan lebih 10,000 kematian akibat Covid-19, jumlah yang masih jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang terkesan akibat wabak besar ini.
Negara itu mengesahkan 674,515 kes, jumlah ketiga terbesar di dunia walaupun kadar jangkitan harian menurun sejak bulan lalu.
Angka kematian di negara ini jauh lebih rendah dari negara lain sehingga mendatangkan persoalan megenai kemungkinan kematian yang kurang dilaporkan.
Rusian mengakui bahawa angka kematian di laman web kerajaan hanya merangkumi kes di mana virus tersebut digolongkan sebagai penyebab utama kematian pada sijil kematian.
Agensi statistik rasmi mengeluarkan data kematian nasional untuk April sahaja di mana jumlah korban sebanyak 2,712 lebih dua kali ganda jumlah kerajaan sebanyak 1,152 untuk bulan itu.
Jabatan Kesihatan Moscow juga mengeluarkan data kematian pada Mei menggunakan kaedah klasifikasi ini menunjukkan 5,260 kematian berkaitan virus pada bulan itu.
Sebaliknya laman web kerajaan masih mengatakan bahawa kira-kira 3,929 orang meninggal dunia setakat ini akibat Covid-19 di Moscow. – AFP, 4 Julai, 2020.
Komen