Perikatan belum sedia untuk pilihan raya, kata pemimpin dan penganalisis


Sheridan Mahavera

Masih terdapat isu besar yang perlu diselesaikan oleh parti dalam PN untuk membolehkan ia mendapat kemenangan jika pilihan raya umum awal diadakan. – Gambar Facebook, 4 Julai, 2020.

PERIKATAN Nasional (PN) mungkin nampak seperti sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum kerana sudah mempunyai calon perdana menteri, tidak seperti Pakatan Harapan (PH) Plus yang masih buntu.

Namun, ini tidak bermakna PN akan memenanginya dengan mudah kerana terdapat perselisihan pendapat besar yang mampu menjejaskan kempennya, kata penganalisis dan pemimpin dalam gabungan itu.

Penganalisis berkata isu calon perdana menteri adalah paling mudah bagi parti dalam pakatan itu kerana tiada pemimpin mempunyai imej lebih positif berbanding perdana menteri sekarang Muhyiddin Yassin.

Menurut tinjauan, Muhyiddin memperoleh penilaian tinggi kerana kejayaannya menangani pandemik Covid-19 yang setakat ini sudah menjangkiti 8,648 orang.

Isu perpecahan sebenar yang belum dapat diselesaikan adalah pembahagian kerusi antara Bersatu, Umno dan PAS yang sebelum ini pernah bertanding secara langsung di kawasan majoriti Melayu.

Begitu soal di bawah sepanduk mana kesemua parti itu akan bertanding.

Difahamkan, Umno dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu menggunakan “dacing” biru dan putih lama Barisan Nasional (BN) kerana ia adalah salah satu yang paling dikenali di kalangan pengundi.

Sebelum kekalahan bersejarahnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, Umno, GPS dan sekutunya MCA dan MIC memenangi setiap pilihan raya umum yang ditandinginya di bawah “dacing” sejak pertama kali digunakan pada 1974.

Sebaliknya, para penganalisis berkata PAS, juga terikat dengan simbol hijau “bulannya”, kerana parti Islam itu sudah bertanding di bawah bendera ini sejak ia ditubuhkan pada 1951.

Timbalan Ketua Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed berkata gabungan PN yang rasmi dengan bendera dan logo tersendiri, serupa dengan BN, tidak akan memberi kelebihan dalam pilihan raya awal itu.

“Jika kita bertanding di bawah PN, kita akan terjejas dengan kekurangan kredibiliti dan keterlihatannya, kerana ia benda baharu. Perlu masa untuk membina jenama baharu,” kata bekas timbalan menteri dalam negeri itu.

Logo PN yang baharu akan tidak akan memberi kelebihan jika ia bertanding pada pilihan raya awal dalam masa enam bulan kerana masih tidak dikenali berbanding simbol parti dalam PH seperti PKR dan DAP.

“Pengundi Malaysia terbiasa memilih parti berdasarkan logo yang mereka lihat di kertas undi. Mereka bahkan tidak tengok nama calon,” kata bekas anggota Parlimen (tiga penggal) itu. – 4 Julai, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen