LIMA kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dan kesemuanya membabitkan rakyat tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Daripada lima kes baharu itu, tiga adalah kes import manakala dua lagi dari penularan dalam negara.
“Kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia, iaitu dua kes saringan pra rujukan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,” kata Dr Noor Hisham pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Tiada kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal pada 121.
Dr Noor Hisham juga berkata 2 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi dan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia setakat ini merekod 8,648 kes Covid-19. – 3 Julai, 2020.

Komen