SEBUAH hospital kanak-kanak di London mencatatkan peningkatan 15 kali ganda jumlah kes penderaan kanak-kanak yang jelas berlaku ketika tempoh pengurungan Covid-19 berbanding tahun-tahun sebelumnya, kata para penyelidik pada Khamis.
Bemula 23 Mac hingga 23 April - susulan peraturan pengasingan diri - Hospital Great Ormond Street untuk Kanak-kanak menyaksikan 10 bayi berumur antara dua minggu hingga 13 bulan yang didiagnosis dengan “trauma kepala yang kasar”.
Pada 2017, 2018 dan 2019, hospital ini melaporkan hanya 0.67 kes sedemikian dalam tempoh sama setiap tahun, Jai Sidpra dari London Medical School dan empat doktor dari Great Ormond melaporkan dalam Archives of Disease in Childhood, sebuah jurnal perubatan.
Pemeriksaan klinikal menunjukkan gejala termasuk pendarahan di mata, lebam, dan pembengkakan kulit kepala, sementara sinar-X atau imbasan CAT menunjukkan pendarahan otak, pendarahan dalaman dan retak tulang tengkorak.
Sejurut sebelum pemeriksaan, setengah daripada bayi mengalami kolik, 40% hampir tidak sedarkan diri, dan 20% mengalami sawan, menurut catatan hospital.
“Peningkatan insiden yang dilihat di institusi kami mencerminkan peningkatan penderaan rumah tangga di negara yang menerapkan tindakan penjarakan sosial yang serupa,” tulis para penyelidik.
Jumlah sebenar kes ini mungkin lebih tinggi daripada yang dilaporkan kerana orang awam mengelak ke hospital semasa wabak, tambah mereka.
“Dua ibu bapa dalam kohort kami berkata bimbang dijangkiti Covid-19 sebagai alasan untuk penangguhan pembentangan,” tulis mereka sebagai contoh.
Meskipun kes itu hanya di satu hospital, pakar menunjukkan bukti yang membuktikan peningkatan trauma seperti itu mungkin terjadi di seluruh Britain dan negara lain yang memiliki polisi pengurungan yang ketat.
Kajian dari beberapa negara dalam beberapa minggu kebelakangan ini menunjukkan peningkatan tekanan, keganasan rumah tangga, penyalahgunaan bahan dan penyakit jiwa semasa langkah tinggal di rumah yang ketat.
Kejadian seperti itu berkemungkinan lebih banyak berlaku, seperti yang ditunjukkan oleh penyelidikan sebelumnya, dalam rumah tangga dengan keadaan sosioekonomi yang tidak begitu baik.
Dalam kes 10 bayi yang dilihat di Hospital Great Ormand Street, semua keluarga tinggal di kawasan yang mempunyai skor Indeks Multiple Deprivation yang lebih tinggi daripada purata, iaitu ukuran kesejahteraan sosial yang ditetapkan oleh kerajaan.
Sebanyak 70% ibu bapa mempunyai masalah lain menurut surat itu: dua mempunyai sejarah jenayah, tiga mengalami gangguan kesihatan mental, dan empat orang mempunyai masalah kewangan yang serius.
Sehingga 1 Julai, Britain menyaksikan lebih 313,000 kes Covid-19 yang disahkan dan hampir 44,000 kematian, menjadikan ia sebagai salah satu negara yang mempunyai kadar kematian per kapita terburuk di dunia. – AFP, 3 Julai, 2020.
Komen