Kematian akibat Covid-19 di Peru lepasi angka 10,000


Suasana penempatan 'La Nueva' di daerah San Juan de Miraflores, di Lima, Peru, pada 1 Julai 2020. Ia negara Amerika Latin kedua paling teruk terjejas Covid-19 selepas Brazil. – Gambar EPA, 3 Julai, 2020.

JUMLAH kematian akibat koronavirus di Peru pada Khasmi melepasi angka 10,000, kata kementerian kesihatan sehari selepas kerajaan mulai melonggarkan langkah pengurungan seluruh negara dalam usaha memulihkan ekonomi.

Jumlah kematian meningkat kepada 10,045, meningkat 185 dalam tempoh 24 jam, sementara jumlah mereka yang dijangkiti meningkat kepada 292,004 orang, kata kementerian itu.

Peru adalah negara kedua Amerika Latin paling teruk terjejas selepas Brazil, dengan angka rasmi menunjukkan lebih 60,000 orang meninggal dunia akibat penyakit ini.

Mangsa termasuklah 71 pekerja kesihatan dan 153 pegawai polis, menurut pegawai.

Antara mangsa di Peru yang terbaru adalah pemimpin masyarakat kaum Awajun, Santiago Manuin, yang meninggal dunia pada Rabu dalam usia 63 tahun.

Manuin pernah dianugerahkan Hadiah Ratu Sofia dari Sepanyol kerana perjuangannya dalam mempertahankan Amazon dan hak pribumi. – AFP, 3 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen