PROGRAM Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) ditangguhkan buat sementara waktu untuk mengkaji semula proses permohanannya, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Nancy Shukri.
Proses kaji semula akan dibuat oleh kementeriannya (Motac) dan juga Jabatan Imigresen serta akan selesai pada Disember.
Beliau berkata kementerian “mendapati ada banyak yang harus dilakukan untuk meningkatkan program MM2H”.
“Ini bukan kekal seperti yang difikirkan oleh beberapa orang. Ia tidak dimaksudkan untuk menjadi (kekal).
“Jabatan Imigresen melihat kembali proses itu dan pada saat sama, Motac terlibat dalam penambahbaikan proses ,” katanya kepada wartawan selepas melawat pusat songket di Kuching hari ini.
The Malaysian Insight hari ini melaporkan Presiden Persatuan Ejen Malaysia Rumah Keduaku (MM2HCA) Lim Kok Sai berkata ejen di bawah MM2HCA kini bingung kerana lebih 1,000 permohonan dihantar antara September hingga November tahun lalu ditolak tanpa sebarang alasan.
“Penolakan ke atas lebih 1,000 permohonan ini bermakna kerugian kira-kira RM776 juta,” katanya pada sidang media hari ini.
Nancy berkata, pembekuan tidak akan lama kerana program MM2H penting terhadap ekonomi.
Program ini,yang membolehkan pesara warga asing memiliki kediaman dan tinggal di Malaysia, telah memperoleh RM40 bilion sejak dimulakan pada tahun 2002.
Pembekuan itu bagaimanapun tidak berlaku di Sarawak.– 2 Julai, 2020.
MENYUSUL
Komen