PRESIDEN Bersatu Muhyiddin Yassin adalah calon perdana menteri PAS dan Umno pada pilihan raya ke-15, kata pemimpin dari setiap parti.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam catatan di Facebooknya berkata parti Islam itu menyokong kepemimpinan perdana menteri kerajaan Perikatan Nasional dan juga menjadi calon perdana menteri seterusnya.
“Pada masa sama PAS menzahirkan kepercayaan kepada Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri bagi menghadapi PRU15,” tulisnya di Facebook.
Sementara itu Berita Harian melaporkan ahli majlis tertinggi Umno Annuar Musa berkata Umno dan PAS secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri pada pilihan raya akan datang.
Annuar berkata keputusan itu dibincang dalam mesyuarat Muafakat Nasional (MN) baru-baru ini
“Untuk pilihan raya akan datang, secara prinsipnya kedua-dua parti telah bersetuju untuk menamakan atau menyokong perdana menteri, Muhyiddin sebagai calon perdana menteri seterusnya.
“Di peringkat jawatankuasa bersama MN yang mana saya setiausaha agungnya, ...betul memang apa disebutkan oleh Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) itu adalah perkara yang telah dibincangkan bersama PAS dan Umno. Dalam soal ini (ia) adalah pendirian (kami) sama. Saya sahkan,” lapor Berita Harian. – 2 Julai, 2020.
MENYUSUL
Komen