Pandemik cetus trend baharu majlis perkahwinan 


Angie Tan

Pasangan pengantin dan keluarga mengamalkan SOP penjarakan sosial pada majlis akad nikah di Melaka. SOP majlis perkahwinan yang ditetapkan kerajaan termasuklah mengehadkan kehadiran tetamu kepada 250 orang sahaja.– Gambar EPA, 2 Julai, 2020.

PERTANYAAN berhubung majlis perkahwinan secara terbuka oleh pasangan yang merancang untuk berkahwin semakin meningkat ketika dunia berdepan pandemik Covid-19, kata perancang perkahwinan.

Kebanyakan yang ditemu bual menyatakan mereka menerima banyak pertanyaan mengenai penganjuran majlis perkahwinan secara kecil-kecilan, bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi acara sedemikian bermula 1 Julai.

Peraturan ini termasuklah jumlah tetamu hendaklah tidak melebihi 250 orang dan larangan terhadap warga emas, kerana mereka dianggap berisiko tinggi untuk jangkitan koronavirus.

Bagi mengelakkan tetamu dan saudara mara bimbang dengan penularan virus di ruang tertutup, ada pasangan yang mahu mengadakan majlis resepsi ringkas di kawasan terbuka seperti taman yang terdapat cahaya matahari serta pengaliran udara yang baik.

Pengarah latihan Akademi Perancang Perkahwinan Alight Alice Lee memberitahu The Malaysian Insight, pasangan yang mendapatkan khidmatnya berkata kebimbangan utama adalah kemungkinan berlaku jangkitan virus.

Tiada siapa yang mau dipersalahkan sekiranya ada tetamu yang jatuh sakit disebabkan majlis berkenaan, katanya.

“Kebimbangan utama mereka adalah kemungkinan penularan Covid-19 dalam kalangan tetamu di ruangan tertutup seperti di dewan jamuan.”

Ini bermakna kebimbangan itu akan memulakan trend baharu - majlis resepsi ringkas berbanding majlis besar-besaran seperti sebelum ini, menjadi pilihan pada pasca-Covid-19.

Perkahwinan di tempat terbuka juga hanya akan menempatkan sejumlah kecil tetamu.

Ini bermakna timbul pula masalah baharu kepada pasangan apabila mereka terpaksa memilih siapa yang akan dijemput, yang mana ia merupakan isu sensitif bagi segelintir keluarga atau ibu bapa.

SOP kerajaan yang melarang warga emas menghadiri majlis juga menyebabkan masalah untuk menjemput saudara-mara yang berusia.

“Ini adalah keputusan sukar yang perlu mereka buat terhadap rakan mereka, rakan ibu bapa, majikan, pekerja dan saudara warag emas boleh menimbulkan kesan negatif terhadap hubungan keluarga,” kata Lee.

SOP kerajaan turut menggalakkan tetamu dan tuan rumah, selain kakitangan katering, memakai pelitup muka.

Lee berkata, perancang perkahwinan juga cuba untuk mencari jalan bagaimana untuk melaksanakannya.

Sementara itu, pengasas Best Outdoor Weddings and Events Bobo Chan berkata dengan “kebiasaan baharu” majlis resepsi perkahwinan akan menjadi lebih ringkas dan mudah.

“SOP yang perlu dipatuhi menyebabkan pengurangan jumlah tetamu yang besar kerana susunan tempat duduk yang perlu mengikut penjarakan sosial.”

Chan berkata, kebanyakan pertanyaan yang diterima syarikatnya adalah untuk majlis resepsi dengan tetamu kurang 100 orang.

“Ini kita boleh faham kerana epidemik ini masih belum hilang.

“Dengan tetamu yang ramai dan kebimbangan timbul perkara yang tidak dapat dikawal, ada juga yang mengatakan mereka merancang untuk tidak menjemput tetamu warga emas dan kanak-kanak pada majlis mereka.”

Lee dari Akademi Alight yang memiliki 17 tahun pengalaman sebagai perancang perkahwinan, percaya majlis resepsi di tempat terbuka dan majlsi kecil akan menjadi trend perkahwinan pada masa akan datang.

“Ada yang akan mengambil peluang untuk menganjurkan majlis dua hari satu malam dan menggunakan kesempatan itu untuk prgi dengan keluarga dan rakan.

“Saya percaya kebanyakan pasangan tidak akan memilih minuman keras dan majlis di restoran dan hotel seperti sebelum ini.”

SOP majlis perkahwinan yag bermula 1 Julai diumumkan pada 24 Jun lepas.

Antara syarat yang dikenakan oleh kerajaan sebagai usaha untuk menangani penularan Covid-19 adalah majis perkahwinan dihadkan hanya sehingga lima jam sahaja.

Jumlah maksimum tetamu yang hadir juga tidak melebihi 250 orang bergantung kepada lokasi bagi memudahkan penjarakan sosial. – 2 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen