KEMENTERIAN Kesihatan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan semua sektor beroperasi semula ketika perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan itu berkata mereka juga menetapkan sasaran sifar kes jangkitan tempatan selama 28 hari menerusi PKPP.
“Kami berhasrat membuka semua sektor termasuklah pendidikan seperti yang diumumkan hari ini.
“Apa yang lebih penting adalah untuk Kementerian Kesihatan terus memantau sekolah dan melakukan kerja-kerja pemantauan,”katanya hari ini di Putrajaya.
Beliau mengulas pengumuman dibuat hari ini yang sekolah akan dibuka semula pada 15 Julai dan lebih banyak sektor dibenarkan beroperasi bermula hari ini. – 1 Julai, 2020.
MENYUSUL
Komen