Putrajaya lulus SOP buka semula IPT, menteri akan umum


Ragananthini Vethasalam

SOP pembukaan semula IPT akan dibuat dalam masa terdekat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Julai, 2020.

PUTRAJAYA sudah meluluskan prosedur operasi standard digubal Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi pembukaan semula institut pengajian tinggi.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata MOHE membentangkan SOP berkenaan pada mesyuarat khas menteri tentang perintah kawalan pergerakan pemulihan untuk mengekang penularan Covid-19, hari ini

Mesyuarat itu juga bersetuju yang Menteri Pengajian Tinggi Noriani Ahmad akan membuat pengumuman berkaitan dalam masa terdekat.

“Menteri Pengajian Tinggi Dr Noraini Ahmad akan mengumumkan SOP terperinci serta pembukaan tarikh pembukaan IPT nanti,” katanya.

Satu lagi sektor yang akan dibenarkan buka semula adalah perubatan tradisional. Ini termasuklah bekam dan urutan lepas bersalin, serta spa yang sudah dibenarkan beroperasi semula.

Panggung wayang, taman tema dan kolam renang juga akan dibenarkan beroperasi semula bermula hari ini, seperti yang diputuskan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Ismail Sabri bagaimanapun mengingatkan rakyat Malaysia supaya mematuhi SOP dan amalan kesihatan kendiri jika menyertai aktiviti rekreasi ini.

Beliau turut menasihatkan rakyat supaya duduk di rumah dan tidak keluar sekiranya mempunyai gejala-gejala berkaitan Covid-19. – 1 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen