Mereka yang dinamakan dalam laporan RCI akan disiasat kerana pecah amanah, kata KPN


Bede Hong

Laporan RCI tentang kerugian perdagangan forex Bank Negara Malaysia dibentangkan minggu lepas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Disember, 2017.

MEREKA yang dinamakan dalam laporan dihantar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas kerugian perdagangan forex Bank Negara Malaysia yang berlaku 30 tahun lalu sedang disiasat kerana pecah amanah, kata polis hari ini.

Laporan RCI itu dibentangkan di Parlimen awal minggu ini.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata tiada had pendakwaan untuk kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan kesalahan pecah amanah oleh penjawat awam. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda yang akan ditentukan oleh mahkamah. 

RCI ditubuhkan bagi menentukan kebenaran di sebalik kerugian BNM, berjumlah RM31.5 bilion, dalam perdagangan forex antara 1992 dan 1994. 

Laporan suruhanjaya berkenaan meletakkan kesalahan berhubung kerugian itu kepada penasihat BNM Nor Mohamed Yakcop, yang turut melibatkan perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad dan Anwar yang merupakan menteri kewangan ketika itu. – 3 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen