KES jangkitan Covid-19 di negara kekal mencatatkan satu angka dengan hanya dua kes baharu dilaporkan hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam satu kenyataan hari ini Ketua Pengarah Kesihatan berkata seramai 20 pesakit dibenarkan keluar dari hospital sehingga tengahari ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih seramai 8,254 atau 96.7%.
Beliau berkata dengan dua kes baharu yang dilaporkan hari ini, jumlah kes Covid-19 yang dicatatkan di Malaysia kini berjumlah 8,639.
Kali terakhir negara mencatat angka rendah adalah pada 10 Jun.
Dr Noor Hisham berkata salah satu adalah kes import sementara yang lain adalah jangkitan tempatan dan kedua-duanya melibatkan rakyat Malaysia.
“Kes tempatan dikesan semasa pemeriksaan pra-rujukan di Hospital Kota Belud, Sabah,” katanya dalam kenyataan itu.
Beliau berkata jumlah kes yang aktif sekarang ialah seramai 164 orang.
Dr Noor Hisham berkata empat pesakit berada di dalam unit rawatan rapi (ICU) dan kesemua mereka memerlukan alat bantu pernafasan.
“Tidak ada kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian seramai 121 orang atau 1.40% dari jumlah kes,” katanya.
Hari ini adalah hari ke-16 berturut-turut Malaysia tidak mencatatkan sebarang kematian akibat Covid-19. – 30 Jun, 2020
Komen